Sunday, June 7, 2009

THE NAVIGATOR-MEMOIRS OF A SEAFARER

THE BEST THAT I CAN DO.

Saturday, January 3, 2009

Ya Allah... Selamatkanlah Palestine

Maha Suci Tuhan yg Esa,
Selamatkanlah Palestine, selamatkanlah hamba-hambamu, dan selamatkanlah negaraku Malaysia Ya Allah.

Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430

Kepada pembaca yang saya hormati, Salam Maal Hijrah 1430.
Kita berdoa tahun ini agar Malaysia terus berjaya dan kita akan dapat sama-sama berkongsi kejayaan dan kemaslahatannya.
InsyaAllah.

Capt. Noor Azam Ismail

Wednesday, December 3, 2008

Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri

December e-zine


"Tiap-tiap orang diwajibkan beramal dan beribadat sendiri dengan usaha dan tenaganya-tidak pernah disuruh ia mengira dirinya itu mesti bergantung kepada doa sahaja atau kepada fidyah penebus yang dibuatkan orang sahaja bagi mendapatkan kejayaan dan keselamatannya di akhirat kelak!. Tuhan tidak pernah menyuruh kita mesti berharap kepada sedekah tahlil dan bacaan-bacaan Qul Hua'llah dari orang apabila mati kelak"- Perangai bergantung kepada diri sendiri, Zaaba

Pencarian dalam apa sahaja baik dari segi kejayaan, kehidupan, kenaikan pangkat, kebebasan kewangan, kehendak dan kemahuan datangnya dari diri kita sendiri. Begitu juga kejatuhan diri, perniagaan dan kerjaya datangnya dari diri kita sendiri. Bukalah hari baru anda dengan kata-kata "I create my life" dan bukannya 'life happens to me".

Kita pernah dengar kata-kata "usaha, doa dan tawakkal". Inilah antara perskripsi perubatan iman yang harus kita kukuhkan. Setelah kita berusaha, kemudian kita berdoa, seterusnya kita bertawakkal, jika kita tidak menemui objektif usaha itu maka janganlah sesekali berkata "life happens to me". Nada kekecewaan yang begitu terbuku. Sedarlah bahawa kita yang mencipta jalan itu sebenarnya. Mungkin kita masih kurang berusaha dan mungkin jua kita kurang berdoa.

Sepanjang 12 bulan saya menulis dan menghantar e-zine ini, tidaklah sekali-kali untuk menggambarkan kebaikan pada diri sendiri tetapi adalah semata-mata ingin berkongsi ilmu dari pembacaan dan pengamatan yang masih sedikit sebenarnya. Atas dasar ketidakpuasan hati dalam mengharungi kehidupan, sebenarnya penulisan itu sedikit sebanyak telah dapat dikongsi bersama pembaca.

Kita harus memaksa diri untuk BANGUN. Kitalah yang mencorakkan kehidupan ini sebenarnya. Tuhan yang memakbulkan segalanya,

Bersempena dengan Hari Raya Korban ini, sama-samalah kita berdoa, berkorban, dalam menyatukan umat Islam baik dari apa sahaja pandangan yang berbeza tentang kehidupan dan terutamanya perbezaan pandangan politik jika ada.

Berdoa bahawa Negara kita akan berjaya dalam mengharungi kemelesetan ekonomi yang dijangka atau yang tidak terjangka.